Monday 4 March 2013

PETUA MEMIKAT SUAMI


Belailah Muka Anda Untuk Kelihatan Cantik 



Anda sebagai seorang wanita dan sebagai individu sudah tentu ingin dimanja-manjakan oleh orang-orang yang anda kasihi, ibu bapa kalau masih belum bersuami dan suami anda jika anda sudah berkahwin.

Semua anggota anda terdedah kepada berbagai-bagai ancaman. Mungkin berat dan mungkin ringan, mungkin sedikit dan mungkin banyak. Antara angggota yang sering terancam oleh berbagai-bagai problem itu, ialah kulit, khusunya kulit muka anda yang amat anda sayangi itu.
 
Setiap hari suami anda melihat muka anda. Bangun tidur dia melihat muka anda. Hendak pergi kerja dia melihat muka anda. Balik bekerja dia melihat muka anda. Hendak tidur malam dia melihat muka anda. Hendak bermesra-mesra dia melihat muka anda, bukan sahaja dengan matanya, tapi dengan perasaan dan hatinya.
 
Muka anda itu mengandungi rahsia yang besar. Di situlah terletaknya hati suami anda. Di situlah terletaknya rahsia diri anda. Di situlah terletaknya kemesraan anda. Di situlah terletaknya kepuasan dan kenikmatan anda. Di situlah terletaknya kebencian anda. Muka anda itulah yang dibawa oleh suami anda yang pengasih bersama-sama dengannya ke mana-mana dia pergi.
 


Oleh itu memanglah wajar anda sentiasa menjaga muka atau wajah anda supaya sentiasa kelihatan cantik dan berseri, menawan hati suami. Itulah sebabnya, andainya kulit anda bermasalah, sudah tentu anda akan merasa risau. 

Demikian jugalah anggota-anggota badan anda mengharapdia dibelai dan dimanja-manjakan dengan penuh kasih sayang oleh anda, terutama muka atau wajah anda.
 
Salah satu cara untuk memanja atau membelaikan muka anda ialah dengan mengurut-nguurutnya dari masa ke masa.
Untuk mengurut muka tidaklah perlu anda pergi ke kedai kecantikan atau ke saloon kerana anda boleh melakukannya sendiri untuk menjimatkan masa & wang.


Muka adalah satu-satunya anggota zahir wanita yang paling berharga. Justeru itu jagalah muka anda dengan sebaik-baiknya agar sentiasa kelihatan segar sepanjang masa. Salah satu daripada cara untuk memelihara kulit muka dan mengelakkanya daripada mudah berkedut ialah dengan mengurutnya setiap hari. mengurut muka itu boleh anda lakukan sendiri dengan berlatih mengikut cara yang betul.

Sebelum itu, patutlah diberi perhatian, kiranya anda mempunyai kulit yang kering, anda hendaklah menggunakan krim yang berminyak, sebaliknya andainya kulit anda berminyak, gunakanlah krim yang tidak berminyak.

Dan semasa mengurut muka, jangan lupa menguurut leher sama, Jika anda amalkan mengurut dagu dan leher setiap hari, ini boleh menjauhkan dagu anda daripada berlapis.

Semasa mengurut muka, adalah penting kepada anda berada dalam keadaan relek, dan buatlah tiap-tiap pergerakan itu sebanyak enam kali jika anda ada masa.


Cara Mengurut Muka Sendiri

-Mula-mula sapukan krim pada muka anda, untuk memudahkan pergerakan mengurut. Krim dibubuh pada tiga jari tengah pada kedua belah tangan. Mulakan mengurut dari bawah dagu, membawa ke tulang pipi, ke arah keluar telinga. Tepuk-tepuk pada keliling mata.


-Pegang dagu dengan jari dan ibu jari, urut pada pada tulang rahang kedua-dua belah arah keluar, naik ke atas, mengarah ke telinga.
 

-Sekarang mulai dari dagu, urut dengan urutan yang padat ke tulang pipi dan keluar menuju ke telinga.
 

-Pada peringkat ini, mulakan urutan dari luar penjuru mulut dengan pergerakan memusing mengarah ke atas ke hidung.


Mulai dari sebelah dalam hujung kening, tekankan dengan jari perlahan-lahan di sekeliling mata.


-letakkan jari di kedua belah hidung, kemudian urut ke atas dahi hingga ke gigi rambut dengan pergerakan memusing.


-Akhir sekali, leltakkan jari di tengah dahi, urut ke kiri dan ke kanan hingga ke pelipis mata.



Demikianlah cara mengurut muka secara ringkas, semoga memberi manfaat kepada anda, supaya muka anda sentiasa kelihatan cergas dan berseri dan mempesonakan orang yang anda cintai.

2 comments: