Apa yang istimewanya tarikh 8 Mac setiap tahun? Untuk pengetahun semua tarikh 8 Mac merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka akan diraikan dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Woman’s Day).
Titipan ini kuhadiahkan istimewanya buat mamaku che fuziah , seorang wanita yang sempurna, baik hatinya dan lembut bicaranya indah dimata dan di hati anakmu....Terima kasih mama kerana melahirkanku di dunia ini, membesarkan ku dengan limpahan kasih sayang yang tiada tandingannya...
Juga kepada semua wanita-wanita yang dikasihi.
Kepada kakak2 iparku, adik2 ipar,ibu saudara,anak2 saudara, sahabat, teman, rakan2, guru2, pensyarah2ku...Semoga kalian dirahmati dan diberi keberkatan dalam kehidupan
Mari kita ambil tahu sikit, kenapa hari wanita ni diraikan? Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki.
Selalunya, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya.bukanlah bermaksud wanita itu kena duduk belakang lelaki, kang dikentutnya mau pengsan wanita itu.. kihkih.. maksudnya adalah, kebiasaannya, wanita ini yang akan jadi pendokong dan penyokong lelaki sehingga lelaki itu boleh berjaya.. tak kira la dengan bantuan tenaganya, air mata, doa dsb. Agak susah bagi lelaki untuk fokus dalam banyak benda, dan biasanya wanita akan menjadi organizernya.. akan mengingatkan lelaki tentang itu dan ini dan menyediakan segala keperluan sehinggakan tugas lelaki hanya menyarungkan je ke badan, atau menyuapkan ke mulut.. tak perlu sibuk2 nak cari barang dsb..
yang mana satukah anda nak jadi, sama ada nak jadi pendokong kejayaan lelaki (suami atau anak) ataupun menjadi penyebab kejatuhan lelaki? Pilihan di tangan anda.. buatlah pilihan yang bijak.
Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya. Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya.
Wanita adalah kejadian yang terindah yang di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki. SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia. Semoga kita akan lebih berwawasan dan berjaya seperti kaum lelaki.
Kata Umar al-Khattab bahawa "Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya" . – Sayyidina Umar bin Khattab.
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim).
Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi. Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru. Selamat Hari Wanita.
Wahai Wanita ku hargai diri mu!
Jaga maruah mu.
Kuatkan Iman mu.
Pertahankan hak asasi mu
Perbanyakkan ilmu dan amal mu
Nescaya diri mu diberkati dunia dan akhirat.
“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”Wanita adalah kejadian yang terindah yang di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki...

Siapakah si Dia yang bergelar A ini ?
Siapakah si dia yang telah bersusah payah mengandung selama 9 bulan sambil membawa kandungannya ke sana dan ke sini tanpa mengeluh kepenatan atau kekesalan ?
Siapakah gerangannya yang tabah menahan sakit yang lama dan berpanjangan ketika melahirkan si buah hati yang ditunggu-tunggukannya selama ini ke alam dunia ?
Siapakan si dia yang sabar menyusukan bayi yang sebelumnya menangis kelaparan dengan penuh tekun sehingga hilanglah segala rasa lapar dan dahaga ?
Siapakah insan istimewa itu yang telah membesarkan anaknya semenjak kecil sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat dan jemu ?
Siapakah susuk tubuh yang berkeringat mendidik anak-anaknya dengan pengetahuan dan skil kehidupan sehingga menjadi insan hebat yang bakal menggantikan visi perjuangan ke dua orang tuanya ?
Siapakah gerangan yang berusaha untuk mendapatkan rawatan ketika sakit dengan penuh kasih sayang serta harapan yang kuat agar si anak ini cepat sembuh bagi meneruskan kehidupan ?
Siapakah insan yang terus tabah mendepani karenah anak-anaknya yang pelbagai yang berterusan memberikan ujian dan dugaan penjaganya ?Siapakah si dia yang istimewa ini yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, pemikiran dan berkeringat sehinggalah anak warisannya ini memperolehi kejayaan demi kejayaan ?
Siapakah insan yang turut mengambil-berat mengenai bakal pasangan anaknya ini agar masa depannya terus bahagia walaupun terpaksa berkongsikan kasih sayang bersama wanita baru ini ?
Siapakah si dia yang terus mencurah dan mengharapkan kasih sayang anaknya yang semakin dewasa miski pun si anak ini telah berumah-tangganya ?
Siapakah gerangannya yang terus mendoakan kebahagiaan dan kebaikan mereka walaupun anaknya mungkin telah mulai lupa terhadap sumbangan dan pengorbanannya selama ini ?Jawapannya ialah si 'ibu'nya.....
Siapakah si Dia yang bergelar B ini ?
Siapakah insan istimewa ini yang telah mempertimbangkan lamarannya dengan penuh harapan bagi berkongsikan masa depan yang bahagia buat mereka bersama ?
Siapakah insan istimewa ini yang telah mempertimbangkan lamarannya dengan penuh harapan bagi berkongsikan masa depan yang bahagia buat mereka bersama ?
Siapakah gerangannya si dia yang telah bersetuju bagi menerimanya sebagai teman hidup yang dirancang bersama untuk sepanjang hayat ?
Siapakah si dia yang tekun dan sabar memenuhi keperluan dan hajat suaminya yang merupakan ayah kepada anak-anaknya ?Siapakah insan ini yang sentiasa mempastikan bahawa suami yang ditaatinya ini memiliki kesihatan yang terbaik dan keceriaanya ditekuni ?
Siapakah insan tabah ini yang sentiasa mengambil berat dan memberikan sokongan terhadap perkembangan kerjaya suaminya sehingga kejayaan dicatat dan sejarah terbina cemerlang?
Siapakah gerangannya yang sabra dan tabah mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak suaminya seorang demi seorang dengan jayanya?
Siapakah dia insan istimewa ini yang berkorban untuk rumah tangga dan kejayaan suami dan anak-anaknya walaupun dia mungkin turut sibuk berkeringat menanggung bebanan ini?
Siapakah dia yang tabah menahan kesedihan kehilangan suaminya dan terus berkorban bersendirian membesarkan anak-anak peninggalan suaminya bagi mempastikan cita-cita dan hasrat arwah suaminya tercapai jua? Jawapannya ialah si 'isteri'nya.....
Betullah kata Umar al-Khattab bahawa "Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya" .
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim).
Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi. Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru. Selamat Hari Wanita.
Wahai Wanita ku hargai diri mu!
Jaga maruah mu.
Kuatkan Iman mu.
Pertahankan hak asasi mu
Perbanyakkan ilmu dan amal mu
Nescaya diri mu diberkati dunia dan akhirat.
“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”Wanita adalah kejadian yang terindah yang di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki...
Bersyukurlah kita di lahirkan sebagai wanita.. moga kita memperbaiki diri menjadi wanita solehah....
wanita ini ibarat bunga, cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara..
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...
kerana akhlak itu umpama bunga diri,
tiada guna berwajah cantik andai akhlak buruk,
tida guna jua berwajah cantik kalau hati kosong dengan ilmu,
ibarat bunga....
ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya..
ada juga yang kurang menarik & baunnya kurang menyenangkan...
ada juga bunga yang tidak menarik dari pandangan mata kasar,
tetapi bila ia dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya.....
Terima kasih jua untuk suamiku en amiruddin .. yang memperisterikan ku & yang memimpinku & Membimbingku.. dirimu begitu berharga & moga ALLAH memberkati & merahmati perjalanan cinta ini.. wajahmu sentiasa dihati isterimu, terima kasih kerana pengorbananmu terlalu besar buatku, mencari rezki utkku, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih ayang....moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya".. & moga kita dikurniakan anak2 yang comel , handsome indah budi pekerti & beriman....
No comments:
Post a Comment