Thursday 11 April 2013

TIPS WEDDING THEME


Assalammualaikum.


Hi guys, hari ni tetiba lak mood nak give n share beberapa tips perkahwinan berdasarkan pengalaman saya dulu. Kata orang sharing is caring. I would like to share our weddings moment dengan uols semua n mana tau tips-tips ni sedikit sebanyak boleh membantu korang semua yg ketandusan idea di saat-saat hari bahagia korang nanti.

Remember! Nak plan for wedding ni bukanlah perkara yg mudah yg hanya memerlukan sehari dua punya plan. Bahkan ianya melibatkan masa yg panjang sedangkan nak tempah catering, butik pengantin, pelamin, khemah dan lain-lain memerlukan masa yg lebih awal dari tarikh majlis.

                bersederhana dalam semua aspek itu penting.. biarpun kita prepare just minimum cost tapi hasilnya look nice, elegant ...that i  do on my wedding =)

1. Pemilihan baju wedding yg kontras dan lebih menonjol.


               Warna baju sangat penting, kerana warna ini akan berada di mana saja dalam gambar. Pilih warna yg bukan saja warna kegemaran tapi warna yang sesuai dgn kulit anda. Kalau kulit gelap jgn ambil warna gelap, dan kalau kulit cerah, jgn ambil warna yg terlalu cerah. Seimbangkan supaya ada sedikit kontra         antara baju dan kulit.
                  Jangan pilih warna yg sangat terang(striking) kerana takut orang lebih tertarik dengan baju anda berbanding anda sendiri tapi pilihlah warna lembut(pastel) supaya kelembutan itu boleh menarik mata orang yg melihat. Tak jemu memandang katanye.
Rancang tema dan pakaian
untuk pemilihan baju pulak, janganla yg pengantin perempuan ini extreme nak color yang dia suka sangat2.. cz pilihan pakaian sepatutnya warna yg di pilih masuk ataupun match dgn kulit pengantin perempuan & juga pengantin lelaki.. takkan le nak nampk menonjol & cantik dkt pengantin perempuan.. lelaki pun mesti nak look handsome & macho sebab tu majlis anda & dia.. yang selalu saya pergi wedding or selalu usha kat fb, perempuan ni selalu menitik berat kepada dia berbanding suami dia, kadang- kadang color baju yang di pilih x sesuai dengan tona kulit si suami .. jangan ye... seimbangkan ye...

Qb pilih color baju QB dengan husband time nikah nude brown.. color ni soft je .. nikah xdakla nampak garang or color yang terang- terang, selalu org pulih putih.. putih color suci, tapi QB ni jenis suka sesuatu yang lain dr orang ... nak nampak QB je ekslusif konon- konon la kan, material QB kain lace & satin untuk husband, material di beli di Medan, iNDONESIA & design baju QB, QB yang design .. veil pun design n jahit sendiri je... hihi

ni baju nikah Qb - nude brown



xde full pic plak baju nikah QB, macam nilah rupanya..
baju husband baju melayu biasa sahaja

untuk majlis reception side QB pulak pilih warna di raja.. color apa lagi kuning la.. sebab husband Qb kata raja sehari so kenala nampak maca raja, Busana reception ini Qb design sendiri juga untuk baju QB & HUSBAND, butik  tu kat jitra, gens great idea, Yang Farid KAMIL kahwin dkt tasik jitra pun amik dkt butik ini.. tapi QB YANG amik dulu b4 Farid Kamil.. hihi..
sebab majlis Qb awal dari dia.. hihi

Tailor di butik ini bgtau, ramai yang takut nak pakai baju color yellow ni, macam xyakinkan diri, tapi lepas je majlis QB ramai plak yang nak tema yellow ni.. opss price untuk design sendiri just add RM150 extra je, Qb puas hati cz memang size badan kami  so baju husband pun memang fit la dgn badan dia, time majlis tu ramai juga kawan & sedara mara & kenalan parents yang dok merisik tanya baju amik mana.. cantiknyaaa kata diorang....

tadaaaaa...

nila baju Qb design tu.. simple je 
busana reception side QB

baju husband simple je just ada blink2 batu mutiara di bahu




macam ni la rupa baju tu ...

bila duduk look like this

untuk pemilihan baju faMILY.. QB xde la pening sgt cz QB anak tunggal je, 
so mama & abah je, pakai color coklat, just nak bagi nampak pengantin terserlah ..
 kalau u all yg big family diingatkan , baju family anda harusla kontra or warna lebih muda
or terang 
dari pengantin ye.. sebab apa, nt amik pic nampak sama je pengantin, family, pengapit , pelamin.. xcantik ye

ini mama & abah QB tercinta, pic mama & abah xbanyak pun cz by layan
 tetamu yang ramai biasala anak tunggal so ramai la kenalan yang datang..

oppps... pengapit pun sama... selalu pengapit yang kamu cuba perhatikan, 
baju pengapit sama dengan pengantin, so mana 1 pengantin, mana 1 pengapit ni.. x special la MCM NI.. pengapit jgn nak over2 lebih dr pengantin hihihi... baju pengapit QB pun warna coklat...

ni la pengapit... thks dear syafiq & zahidah.. byk membantu =)



SIDE HUSBAND pulak dia pilih pink belacan.. hihi.. nice & cantik.. baju & pelamin semualah, baju tu first kita orang rasmi walaupun bukan Qb yang design sebab katanya, orang x berani pakai that color, lps je majlis kitaorang, ada plak sewa baju itu untuk dipakai tunang hihi... kita mesti berani & tampil lain dari lain & cantik di mata semua..

dari jauh

close up




ok ni family side husband, walaupun family pakai pink-pink jua, tapi still dapat
 recognize pengantin yang ana 1 hihi....


Amaran keras. Selepas anda pilih warna tema baju anda, tak perlulah nak samakan warna itu dengan benda lain seperti pelamin, bunga, cadar, langsir, air minimum mahupun eye shadow atau lipstik. Air sirap biarkan warna merah :D dan jgn pilih warna hijau kalau dari awal lagi korang dah planning nak outdoor kat taman.


2. Pemilihan pelamin wedding 

Pilihlah set pelamin yang sesuai dengan warna tema pakaian pengantin anda.
Elakkan memilih warna yang serupa kerana ia akan membuatkan anda dan pasangan anda nampak suram.Jangan tersalah pilih rona pelamin dan baju pengantin.Ini akan menenggelamkan ketampanan dan kecantikan pengantin yang sedang bersanding.  Pilihlah rona pelamin dan baju pengantin yang kelihatan kontra tetapi lebih harmoni.Nampak lebih sepadan dan terserlah kecantikan pengantin.
  • Pilihlah set pelamin yang sesuai dengan bajet anda. Jika anda inginkan ciri yang lebih, anda mungkin boleh adakan hiasan sendiri nanti.
  • Pastikan set pelamin anda itu sesuai dengan tempat majlis perkahwinan anda berlangsung. Jika anda melangsungkan perkahwinan di rumah, jangan pula pilih set pelamin yang terlalu besar sehingga tidak muat untuk di persembahkan di rumah anda.
  • Jika tempat majlis perkahwinan anda berlangsung adalah besar, anda mungkin perlukan pelamin yang ada stage untuk menonjolkan lagi suasana raja sehari.
  • Pilihlah pelamin berdasarkan saiz badan anda dan pasangan anda. Jangan pilih pelamin yang besar jika anda dan pasangan anda bersaiz badan kecil. Jika badan anda bersaiz besar, pastikan anda pilih pelamin yang kukuh untuk menampung berat badan anda.
  • Jika anda tidak sukakan sesuatu yang serabut, pilihlah pelamin yang ringkas dan cantik.
  • Pilihlah pelamin yang mempunyai konsep fesyen terbaru.
  • Jika anda rendah, janganlah pilih pelamin yang mempunyai kerusi yang tinggi. Namun, jika anda ingin pilih juga pelamin yang tinggi, pastikan anda sediakan tempat untuk anda letak kaki nanti.
  • Pilih warna emas atau putih untuk latar belakang pelamin anda kerana warna tersebut sesuai untuk di ragakan dengan berbagai warna baju pengantin. Lagi pula dua warna tersebut akan menyerlahkan lagi kecantikan pasangan pengantin.
  • Anda ukur dahulu tempat yang anda ingin letakkan pelamin sebelum pergi ke kedai untuk menempah set pelamin. Dengan cara ini, anda boleh dapatkan set pelamin yang sesuai dengan ukuran tempat anda ingin letakkan pelamin nanti.


untuk pelamin side QB , size agak besar kerana majlis di dewan Darulaman Golf & Country Club di Jitra, bukan senang nak cari pelamin yang murah & cantik, habis 1 jitra survey, Qb memang suka sangat bab2 survey... 

1st memang Qb nak pelamin ala marocco, tapi ubah style jadi moden sikit, QB siap lukis & design tunjuk dekat butik tu... cari punya cari , last2 jumpa la butik ni LIA FLORIST, DEKAN PEKAN JITRA dekat dengan pasaraya PJ & borong Din jitra.. Harga not bad.. murah xpernah la jumpa semurah tu lg.....alhamdulilah rezeki.. sebab dekat dewan memang susah nak cari pelamin yang agak murah, kalau di rumah boleh lagi..

color yang QB REQUEST color orange & yellow, tapi bunga2 dia mix color 

pelamin dari jauh



walkway 


pelaMin side husband - simple, nice


meja beradap or santapan pun memainkan peranan penting, mestilah match dengan warna tema ye... meh usha kat sini....

ni de dewan darulaman golf- color match dengan pelamin

meja VIP dikhaskan untuk family husband je  ..

ni meja beradab site husband, bawah canopy, u-shape, so 
family QB DAPATLA MAKAN kat sini semua, walaupun
 QB ANAK TUNGGAL JE
tapi best semua ibu bapa sedara & cousins ikut
g majlis bertandang side husband.. best sgt..
fully support from them.. luv them so much

3. idea cake wedding 

semua perempuan kat luar sana mesti berangan pasal kek kahwin, QB Dulu pun sama, time buat master dulu, xde kerja je search kek pengantin, decoration kek, so side QB , QB search and bagi je dekat kak suri  jiran Qb ni buat, QB bg decoration & color yang match dengan theme Qb.

Qb pilih cake coklat je, senang semua makan, selalu Qb tgk klau kek icing ni xsemua orang makan.. so kek asas kek coklat , diluarnya  disaluputi dengan buttercream.. nape pilih buttercream,.... bcz xmudah cair & tahan, RAMAI yg kata sedap,
 QB JUST MAKAN SECUBIT JE...


cake ni dinamakan buttercream  rose swirls --

jeng2 jeng amazing

ni la kek QB design tu.. hihi


owh yang side husband plak, kakak ipar husband sponsor kak zura-- biras Qb la..
thanks kak zura =)
nice still match with theme

 4. Dekorasi kamar pengantin

ok untuk side QB, xde amik pakej pun just Qb hias sendiri dengan cadar fully cotton sulam & hias dengan bunga rose & carnation je, just simple for bride & groom for first nite =) .. xjumpa pulak cari pic .. hihi

side husband Qb dah termasuk dalam pakej baju, pelamin, kamar, meja beradap semua, so husband serahkan je pada butik pengantin..

majlis perkahwinan side husband di perak so unik juga, ada cadar pengantin yang dikhaskan untuk wedding.. cadar masa kahwin kakak sulung husband, kak khatijah.. masih di simpan rapi cantik ..so kakak pasangkan di kamar beradu ... terima kasih kak untuk cadar ini time wedding... =)
sulaman emas yang agak mahal & sukar nak dapat sekarang ...WARNA merah yang membangkitkan suasana kamar beradu nie =)

MAJLIS DI NEGERI PERAK, Kamar beradu pengantin juga dihiasi dengan cadar dan sarung bantal dari sulaman tekad benang emas.Kainnya dari jenis kain baldu berwarna terang seperti merah,hijau,biru tua dan kuning.Kini cadar sulaman tekad benang emas memang amat sukar untuk di cari lagi kerana harganya yang terlalu mahal dan tidak praktikal untuk digunakan sehari-hari kerana agak susah untuk menjaganya.Mungkin masih terdapat di kampung-kampung tradisional di daerah Kuala Kangsar,Bota dan Kampung Gajah.Seni tenunan tekad benang emas ini juga semakin lama semakin kurang generasi muda mempelajarinya.Walaubagaimanapun QB amat menyukai seni sulaman ini sebagai warisan budaya masyarakat Melayu Perak.

tadaaa.. sangat cantik & ekslusif


 5. PEMILIHAN kasut & bunga tangan 

Terlupa tentang kasut di hari bahagia? Memanglah anda telah melakukan satu kesilapan besar. Sebagai raja sehari anda menjadi tumpuan lirikan manja tetamu daripada hiasan kepala hinggalah ke kaki bahkan pemerhatian akan menjalar pula kepada hantaran dan apa jua yang berkaitan dengan pengantin. Jadi anda seharusnya tidak melupakan tentang kasutpengantin meskipun ianya hanya sesuatu yang kecil di hujung kaki yang kadang kala tersembunyi di belakang kain pengantin.

Elakkan daripada membeli kasut di saat-saat akhir kerana ia mungkin memburukkan keadaan. Dalam keadaan tergesa-gesa pastinya sukar untuk mendapatkan yang terbaik. Akibatnya kasut yang dipilih akan menjadi seperti tangkap muat sahaja asalkan pengantin tidak berkaki ayam.

ok QB senang je, pilih kasut yang tidak terlalu tinggi & Qb selesa nak pakai, xnak time majlis jalan control2 or terbongkok2 sebab kasut..

QB BELI kasut , Sepasang je QB pakai time nikah, reception side QB & husband,
 tapi time nikah tu
pakai kasut highheel raya je bcz, hujan lebat juga & nak ke masjid.. so xperlu la nak melaram lebih, so Qb rasmi kasut tu time reception di dewan, next week pula pakai semula side husband.. hihi.. walaupun color coklat gold tapi dilindungi kain bukan nampak sangat pun kasut tu sebenarnya.. so pilihla yang selesa di pakai & x sakit kaki, kang malam husband juga nak kena urut kaki..


simple je shoes Qb, janji selesa



Ada apa dengan bunga tangan??, SELAIN jadi penyeri boleh juga hilangkan rasa gugup pengantin ..  bunga tangan adalah pelengkap seri pengantin. Tanpa bunga tangan pengantin akan rasa nerves. Goyah beb goyahhhh....mengikut pengalaman hakak jadi pengantin 4 bulan lalu... camtu la ye

Qb punya fresh flower, tapi layu sikit sebab time nikah pun guna 
bunga tangan nie je... tu pun Qb menang share & win, so kak atie nie
sponsor la bunga tangan QB.. terima kasih kak atie
fb dia creative finger story- sapa nak tempah hantaran, bung tgn boleh dkt kak tie..
 superb beb

tapi QB punya hantaran, bagi cousin QB Je buat, free je kak imy watkan
cantik , fresh flower juga.. thnks my luvly cousin

side husband, bunga tangan, butik pengantin just bagi bunga artificial je
warna putih...


ni bunga tangan side husband


SEOGA DAPATm EMBANTU ANDA SEMUA YE dalam merencakan hari bahagia anda.. 
bersederhana la anda;;;;
SELAMAT PENGANTIN BARU DARI QB, NAK QB JADI WEDDING PLANNER PUN BOLEH.. HIHI.. pay je =)



9 comments:

  1. thanks sis share kan cmne nak pilih kaler. berguna sangat . nak tanya kalau saya suka kan pelamin yang simple dan berkaler putih, warna apa ek baju pengantin yg sesuai?

    ReplyDelete
  2. Sorry xperasan coment, klau pelamin putih boleh match dgn semua color baju.. Tp color bju yg pntg match dgn kulit anda n husbnd nt

    ReplyDelete
  3. Asslam..boleh suggest tmpt yg sis amek pakej wedding ni? Sy pon area jitra...n how.much the darulaman punya dewan? Thanks for sharing ;)

    ReplyDelete
  4. nice post... wedding
    lihat-lihat bahan kebaya pengantin http://putrasemeru.com

    ReplyDelete
  5. Hai.. Cantik sulam tekad tu? Tahu tak kat mana nak beli?

    ReplyDelete
  6. Saya pown cari cadar tekat..ade sesiapa nak sewa x

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..

    ~~KAMBING GOLEK HANYA RM1000 SAHAJA~~

    PAKEJ PREMIUM ANJUNG SERAI
    DEWAN 1000PAX - RM 19.80

    MENU UTAMA
    Nasi Beriani / Nasi Arab (BERAS PUSA)
    Daging Dendeng ASC / Daging Rendang Serai
    Ayam Masak Merah / Ayam Palembang
    Sambal Sotong Kering
    Masak Lemak Nenas Ikan Masin
    Dalca Sayur
    Acar Buah
    Ulaman & Sambal Belacan
    Ikan Masin Goreng
    Buah Tembikai Merah / Oren Sunkist
    Air Kordial Oren Sunquick
    Air Minuman

    TIT BITS CORNER - 400pax
    Air Teh Tarik, Cendol (Siap Bancuh)
    Bubur (Kacang Hijau / Pulut Hitam)
    Kuih Manis / Kuih Pedas

    HIDANGAN ISTIMEWA MAKAN BERADAP
    Siakap Sweet Sour, Ayam Golek Madu
    Butter Prawn, Puding Karamel
    Buah-Buahan, Jus Buah, Air Minuman

    PELENGKAP MAJLIS
    1 Set Meja Makan Beradap Beserta Dekorasi
    1 Pasang Kerusi Pengantin
    8 Unit Kerusi Banquet Bersarung & Riben
    4 Set Dome VIP Beserta Peralatan
    30 Unit Meja Bulat Beserta Alas & Runner
    300 Unit Kerusi Plastik (Sarung & Riben)
    Centre Peace Setiap Meja Tetamu
    2 Buffet Station Beserta Dekorasi
    Peralatan Buffet Golden Bell
    1 Unit Meja Hadiah
    1 Unit Meja Door Gift
    1 Unit Meja Tit Bits
    PA System & Deejay
    Kompang
    12 Orang Pramusaji
    1 Orang Ketua Pramusaji

    KELENGKAPAN PELAMIN / BUSANA
    Pelamin Dewan, Kerusi Pengantin,
    Bekas Merenjis,, Walk Way 6 Unit,
    Pintu Gerbang, Karpet Merah 80 Kaki,
    Sepasang Persalinan Sanding L&P,
    Bantal Nikah, Mekap, Hand Bouquet.

    KEK PENGANTIN
    Kek Fondant / Fresh Cream - 3 Tingkat
    Meja Kek Beserta Dekorasi

    PHOTOGRAPHY (NIKAH & SANDING)
    1 Sesi Outdoor, Softcopy Thumbdrive,
    1x Crystal Album 8" x 24"
    1x Photo Frame 16" x 24"
    1x Photo Frame 8" x 12"

    TERDAPAT PROMOSI LAIN YANG MENUNGGU****

    HUBUNGI SAYA:
    IzA 0124110390 (WhatsApp)

    ReplyDelete
  8. Nice sharing.. Mohon share ye sis ^^

    ReplyDelete
  9. Salam sis...boleh bg idea pasal warna baju x.... kulit sy lbih kurang sawo matang dan bakal suami kulit hitam manis...sy berkenan dgn warna kuning diraja , maroon, hijau zamrud dan dark blue..ada x salah satu warna sini yg sesuai? Tq..

    ReplyDelete