Tuesday, 9 April 2013

TIPS CARI DUIT KAHWIN .. HOHO AKU MAHU KAHWIN


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Buat Bakal Pengantin,

Adakah kini anda sedang di alam percintaan? Dan.. sudah tidak ter"TAHAN-TAHAN" untuk mendirikan rumahtangga bersama kekasih anda? Tetapi.. disebabkan kos sara hidup yang agak tinggi pada masa kini, ditambah lagi dengan bebanan pelbagai hutang seperti PTPTN, kenderaan, kad kredit dan sebagainya, menyebabkan anda SUKAR mengumpul wang untuk perkahwinan anda!
Bakal mertua sudah bertanya, "Bila nak masuk meminang?".. telinga berasap asyik mendengar soalan yang sama diajukan berulang-ulang kali. Kalau ikutkan hati, sekarang juga anda nak kahwin. Tapi apakan daya.. duit simpanan belum cukup lagi.
Belanja perkahwinan zaman sekarang bukannya murah, duit hantaran sahaja sudah boleh mencecah hingga RM10,000, belum lagi campur dengan duit belanja kenduri? barang-barang hantaran? sewa pelamin? upah mak andam? jurgambar? kad jemputan? bunga telur? cincin kahwin? sewa kanopi? catering?.. argghhh!! pendek kata, kalau tak ada RM20,000 dalam tangan.. usahlah bermimpi nak kahwin.
Mari kita semak! Berapakah kos anggaran MINIMUM yang anda perlukan jika ingin mendirikan rumahtangga pada masa kini?

Pergh! Mana nak cari duit sebanyak itu? Itu belum campur lagi pakej honeymoon? sewa rumah serta barang-barang kelengkapan di dalam rumah selepas berkahwin nanti? MEMANG TERTEKAN!!!...
Jalan mudah?! Buat pinjaman bank!.. Tambah satu lagi hutang.. sekarang sudah ada..
  • Hutang Motorsikal
  • Hutang Kereta
  • Hutang PTPTN
  • Hutang Rumah
  • Hutang Mamak
  • Hutang Komputer
  • Hutang Koperasi
  • Hutang Kad Kredit
  • HUTANG KAHWIN?!
Berapa banyak hutang daaa?... Jikalau begini, jawapnya.. sampai ke tua, anda bekerja semata-mata hanya untuk membayar hutang sahaja. Terus-terang saya katakan, membuat pinjaman/hutang memang mudah! Ia boleh menyelesaikan masalah anda buat sementara waktu! Namun begitu, ia bukanlah suatu jalan penyelesaian yang bagus. Malahan, ia sebenarnya boleh membuatkan hidup anda lebih tertekan lagi.


ni kos minimum je, skrg photographer kalau album sticky bolehla dpt RM800, Kalau yg custom album tu mahu 1.9k juga... hohoho untung sebenarnya jadi photographer.. apalagi watla part time as photographer... hohoho


selalu nye yang runsing time- time nak dekat wedding ni pengantin laki la, sebab duit nak korek mana bg cukup, siapa yang parent sponsor tu memang xperlu risau, tido malam pun boleh senyum je nak tunggu hari bahagia, yang parents tak sponsor ni la, yang tido malam pun kadang-kadang xlena, badan pun kurus ja save badget untuk saving...

yang pengantin perempuan pulak sibuk teruja cari tema, design pelamin, deco bilik tido, cari tudung mana yang sesuai nak pkai tiMe nikah, wedding reception , doorgifts...

itulah hakikatnya .. hakikat perkahwinan di era moden

TIPSNYA ADALAH :

1) jangan sesekali berhutang dengan pihak bank.. interestnya sangtla tinggi, nanti dah dapat anak pun , bayar xhabis... if ada saudara mara nak hulurkan bantuan dahulukan duit mereka, boleh terima tapi mesti bayar balik, hutang tetap hutang xkirala dgn adik beradik sekali pun

2) saving every month RM500- RM1000 .. ni husband saya yg praktik saving RM1000 selama setahun. Anda mesti ada target saving, perlu saving, esti dan mesti..biar rasa sakit dahulu, bila dah kawin nanti kurang sikit rasa sakit... yang lelaki cut cost, yang merokok stop merokok, jangan asyik bergaya je  sebab saya tahu zaman sekarang gaji 2k, 3k , 4k ke nak saving RM500 SEBULAN PUN CUKUP SUSAH... BETUL X? betul x? 

3) buatla bisnes kecil kecilan ---untuk menampung sara hidup & saving.. at least duit bisnes boleh saving... he ... he.. jgn xtahu, orang yang bisnes boleh saving 1week RM500 dari yang bekerja gaji 2k, 3k, 4k ye... so buatla bisnes kecil- kecilan, dari kecil jadi besar- besaran

4) buatla majlis sekadar mampu - kalau ada duit 10k buatla majlis secara 8k, 2k lagi saving, jgn habiskn semua... ukur baju di badan sendiri, jangan nak bergaya & nampak gah hanya 1 hari.. or 3 hari la, sehari majlis nika, lps tu reception side perempuan, n then reception side lelaki.. jangan sesekali.. ingatlah kehidupan selepas kahwin itu lebih penting, susah senang selepas kawin, anda dan suami/ isteri anda ja yang tahu, tiada orang lain yang nak menghulurkan bantuan pun...pesanan untuk bakal isteri/ suami anda jangan nak demand minta bagai2... klau kawin anak raja ke dato' ke bolehla high demand kan... hihihi...


MENGAPA ANDA PERLU PATUHI TIPS DI ATAS?

Pertama, selepas sahaja anda selesai melayari "malam pertama", fikiran anda akan mula berserabut semula.. jika dulu fikiran anda tertekan "Bagaimana hendak cari duit kahwin?" , kini masalah baru .."Bagaimana hendak membayar semua hutang-hutang anda?" pula timbul. Bukankah ia sesuatu yang amat mengecewakan? Sedangkan..pada waktu-waktu begini, anda sepatutnya perlu bergembira kerana baru sahaja menempuhi alam baru di dalam kehidupan anda, iaitu alam rumahtangga.

Kedua, jika sebelum berumahtangga pun anda sudah kurang bijak di dalam menguruskan kewangan anda, bagaimana keadaannya pula selepas berumahtangga? Tanggungjawapnya adalah lebih besar.. jika dulu anda hanya perlu memikirkan hal makan-minum diri anda sahaja, tetapi kini, anda perlu fikirkan pula mengenai makan minum isteri anda, anak-anak anda, pakaian mereka? perbelanjaan hospital apabila si isteri mulai mengandung? pendidikan anak-anak? dan sebagainya... TAKKAN setiap kali tidak cukup duit.. anda mahu membuat PINJAMAN? Ianya amat bahaya untuk kesejahteraan rumahtangga anda..


Oleh sebab itulah, adalah amat penting untuk anda menguasai ilmu menguruskan kewangan sewaktu anda masih bujang lagi. Ianya bukan sahaja akan dapat MENYELESAIKAN MASALAH TIDAK CUKUP DUIT KAHWIN, tetapi ia JUGA MEMBANTU ANDA MENGURUSKAN KEWANGAN DENGAN LEBIH CEMERLANG SELEPAS BERUMAHTANGGA. 

PERCAYALAH URUSKAN KEWANGAN ANDA DENGAN SEDIKIT SIMPANAN... 



No comments:

Post a Comment