Sunday, 7 April 2013

KHASIAT TEMULAWAK & SARANG BURUNG WALIT

Assalamualaikum..

Pernahkah anda tahu mengapa temulawak menjadi pilihan pengusaha kosmetik pada masa kini. Saya ceritakan secara ringkas apakah khasiat yang terdapat di dalam tumbuhan ini.

Khasiat temulawak di dalam krim siang Sf Beauty

Tumbuhan berubi temulawak merupakan tanaman asli dari Indonesia. Nama latin herba ini adalah Curcuma Xanthorrhiza. Temulawak mempunyai kandungan sebatian aktif yang membuatnya kaya akan khasiat juga manfaat. Tumbuhan ini merupakan bahan semula jadi utama di dalam penghasilan produk kosmetik pada masa ini. Khasiatnya memang tidak dapat disangkal lagi menjadi pilihan kebanyakan pengusaha produk kecantikan seperti toner, pembersih muka, krim malam dan krim siang. 

Seperti telah diketahui, secara klinikal temulawak mengandung minyak atsiri. Minyak ini dikenal pasti sangat baik untuk menunda proses penuaan, memudarkan noda-noda hitam pada wajah, melembap serta menghilangkan jerawat dan bekas-bekas jerawat. 

Selain untuk kecantikan temulawak juga mempunyai khasiat untuk penjagaan hati dan membersihkan darah. Darah yang bersih tentu akan mempengaruhi kulit wajah agar lebih sihat dan cantik. Oleh sebab itulah mengapa anda perlu mendapatkan krim siang sf beauty yang mengandungi khasiat temulawak untuk merangsang penghasilan sel kulit yang lebih sihat. 

Cara pemakaian krim siang yang betul adalah dengan menyapu nipis pada permukaan kulit diratakan bersama-sama air agar memudahkan sapuan. Ini kerana krim siang dihasilkan daripada bahan asasnya temulawak yang secara semula jadinya mempunyai tekstur yang kesat. Ada juga sesetengah pengguna menggunakan dengan cara menyapukannya apabila kulit muka masih lagi berkeadaan lembap. 

Ia juga adalah salah satu kaedah untuk berjimat dalam pemakaian krim siang SF Beauty..Tidak hairanlah ada yang menghubungi kami menceritakan ia mampu bertahan hampir empat bulan. Walau bagaimanapun nasihat admin janganlah terlalu nipis sangat sapuannya sehinggakan kesan pembaikan daripada set SF Beauty berlaku dengan perlahan sekali.

Selamat mencuba..In syallah sama2 kita berjimat...

Spesifikasi krim siang SF Beauty (set lengkap)
Berat : 10 gram
Packaging : plastic bottles
Tinggi : 40 mm
Diameter : 45 mm 
Warna : Kuning
Expired date : 3 years

Jadilah pengguna bijak...

Dapatkanlah produk SF Beauty ia diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kebanyakkan produk menggunakan bahan berbahaya serta tidak mendapat kelulusan untuk pengedaran dariapada Biro Farmasutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Melaysia. Bayangkan apa yang anda akan tanggung dikemudian hari akibat daripada tindakan anda sendiri.

Dapatkanlah yang asli.

SF Beauty KKM Not Number

Krim Siang KKM NOT 120602461k
Krim MALAM KKM NOT 120502462k
Sabun VITAMIN C KKM NOT 110600593k
Sabun VITAMIN E KKM NOT 120602463k

Hubungi QB 013 4263718 
Atau klik sini untuk PM kami



                                                                           day cream

KRIM SIANG : Diperbuat dari sari kunyit dan temulawak. (kuning) 

Cara pemakaian yang betul untuk kesan yang maksimum digunakan sebagai bedak asas tetapi dalam tempoh masa 2 minggu di awal pemakaian seeloknya tidak dicampurkan dengan bedak asas yang lain. Sebenarnya dengan krim siang SF Beauty ini sahaja sudah cukup memadai kerana kulit anda sudah akan nampak cerah dan lembap sepanjang masa.

Perlu juga anda tahu krim siang ini tidak menyebabkan muka anda berminyak berminyak seperti krim lain di pasaran dan amat sesuai untuk semua jenis kulit.

Bagi kulit yang bermasalah seperti jerawat dan resdung di awal penggunaan kulit akan merasa tegang dan sedikit pengelupasan kecil pada tempat yang bermasaalah. Jangan risau ini adalah sebab kerana kulit lebih cepat bermetabolisma proses ini akan membuang sel-sel kulit mati.

Bagi yang tidak mempunyai masalah kulit mungkin tidak berlaku pengelupasan malah akan bertambah cerah, lembab, berseri dan gebu.


NIGHT CREAM

Tahukah anda terdapat khasiat kandungan sarang burung walit di dalam krim malam sf beauty.

Khasiat sarang burung layang-layang atau burung walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.

Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus bagus untuk semua peringkat usia.
Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.

Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.

Menyedari khasiatnya dan permintaannya semakin tinggi terutama untuk kecantikan, sf beauty telah menjadikannya sebagai bahan utama di dalam penghasilan krim malamnya ia boleh didapati dalam bentuk sapuan dengan harga yang murah dan mudah dimiliki oleh semua golongan.

Ekstrak sarang burung walet mampu membuatkan bahan-bahan aktif yang terkandung mudah menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membaikpulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah.

Antara khasiat Sarang Burung Walit Untuk Kulit Anda

Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walit menjadikannya agen semula jadi membantu memutihkan kulit pemutih kulit.

Untuk wanita, pemakaian secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

Dapatkanlah produk SF Beauty ia diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kebanyakkan produk menggunakan bahan berbahaya serta tidak mendapat kelulusan untuk pengedaran dariapada Biro Farmasutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Melaysia. Bayangkan apa yang anda akan tanggung dikemudian hari akibat daripada tindakan anda sendiri.

Dapatkanlah yang asli.

SF Beauty KKM Not Number

Krim Siang KKM NOT 120602461k
Krim MALAM KKM NOT 120502462k
Sabun VITAMIN C KKM NOT 110600593k
Sabun VITAMIN E KKM NOT 120602463k




Krim malam SF Beauty di perkaya dengan ekstrak sarang burung walet mampu menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membaikpulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah.

Sebenarnya rahsia set SF Beauty terletak pada krim malamnya..Mengapa?

Kerana di dalam krim malamlah terdapat segala zat-zat yang diperlukan oleh kulit bagi membantu mempercepatkan pemulihan semua masaalah kulit anda.

Mengapa di dalam krim malam di rumus lebih banyak zat untuk kulit?

Kajian telah membuktikan semasa kita tidur kuasa penyerapan kulit akan meningkat apabila kita sedang tidur pada waktu malam. Oleh itu, malamlah waktu terbaik untuk anda membekalkan zat-zat tambahan kepada kulit setelah anda kehilanganya pada waktu siang.

Krim malam harus dijadikan sebahagian daripada rutin harian setiap pengguna set SF Beauty dalam usaha untuk mendapatkan hasil seperti yang anda mahukan..

Antara manafaat krim malam SF Beauty:

- Krim malam mampu membantu kulit untuk merangsang pertumbuhan sel kulit yang baru.
- Krim malam SF Beauty sesuai dan mampu menyerap dengan sempurna samaada anda berkulit kering, kulit berminyak mahupun kulit kombinasi. Hasilnya kulit anda akan terasa lembab dan bertambah lembut.
- Penggunaan rutin pada setiap hari akan dapat menangani tona kulit yang tidak sekata dan berkedut.
- Kewujudan garis-garis kedutan halus dan tanda-tanda penuaan dapat dilambatkan.
- Krim malam SF Beauty mempunyai nutrien khas yang akan membantu anda dalam menangani kesan radikal bebas ke atas kulit.

Cara penggunaan krim malam SF Beauty?

- Bersihkan wajah anda dengan teliti dengan pembersih SF Beauty tunggu sehingga wajah anda benar-benar kering.
- Sapukan krim malam SF Beauty secara lembut di dalam gerakan membulat dengan mengunakan hujung jari. Elakkan dari terkena kawasan sekitar mata.
- Jangan lupa sapuan krim harus meliputi bahagian leher anda.
- Sebaik-baiknya, anda perlu menyapu krim malam SF Beauty 30 minit sebelum anda masuk tidur.
- Akhir sekali, anda perlu menjadikan amalan pemakaian krim malam SF Beauty setiap malam sebelum anda masuk tidur.

Jadilah pengguna bijak...



Hubungi QB 013 4263718 

Atau klik sini untuk PM kami



No comments:

Post a Comment