Friday, 5 April 2013

SF BEAUTY

   Assalamualaikum & selamat pagi ye  adik2.. kakak2.. abg2.. makcik2 & pakcik2 semua... , selamat berhujung minggu.. HARI ini QB nak share Mengenai SF Beauty.. produk yang berjaya mendapat hati customer terutama pada mereka yang mempunya kulit KUSAM & SEMBAM ORG KATA.. XBERSERI OR X FLAWLESS LA .. HIHI...ok benda baik kena la share kan...

Mari kita berkenalan dengan SF Beauty. Ramai yang dah tahu pasal produk ni rasanya. Produk ni berasal dari Kelantan. Ianya sangat mendapat sambutan di negeri Cik Siti Wan Kembang. Sesuai digunakan oleh perempuan dan lelaki. Tak memilih usia. Kesannya boleh dilihat dalam masa yang singkat (bergantung kepada jenis kulit). 

Produk ini hanya mengandungi day & night cream dan sabun. Mudah, cepat dan berkesan. Tidak mengambil masa yang lama. Tak de la korang kena dok depan cermin berjam-jam.

Pengguna boleh memilih antara Set Vitamin E dan Set Vitamin C. Set Vitamin E sesuai untuk kulit normal, kering, gelap, kusam, tona tidak sekata, pori2 terbuka, kedutan halus dan berjeragat (sesuai kepada mereka yang tidak mempunyai masalah kulit yang teruk.) Manakala Set Vitamin C pula sesuai untuk kulit sensitif, jerawat, parut jerawat, terlalu berminyak dan mempunyai masalah resedung. 

Produk ini juga terdapat dalam bentuk trial set. Jadi kepada mereka yang masih ragu-ragu tentang keberkesanan produk ini kepada kulit mereka, saya cadangkan anda menggunakan set trial terlebih dahulu. Set trial ini biasanya hanya tahan selama 3 minggu atau sebulan.




Gambar di atas merupakan Trial Set Vitamin C. Ianya terdiri daripada Night Cream, Day Cream dan Soap Vitamin C (berwarna hijau). Harga  adalah RM79.90.


Gambar di atas ini adalah Trial Set Vitamin E. Ianya juga terdiri daripada Night Cream, Day Cream dan Soap Vitamin E (berwarna kuning). Harga  adalah RM79.90.


Kepada pengguna yang sudah biasa dengan produk ini, mereka akan memilih Set Besar. Set ini mampu tahan sehingga 3 bulan  ke atas. Ada yang bagitau, Set Besar mampu tahan sampai 6 bulan. Saya lebih prefer 3-4 bulan. Nak lebih jimat, saya sarankan pengguna memotong sabun menjadi potongan kecil.





Gambar di atas ini merupakan Set Besar Vitamin C. Ianya juga terdiri daripada Night Cream, Day Cream dan Soap Vitamin C (berwarna hijau). Harga pasaran adalah RM124.80. Harga kami adalah RM100.







Gambar di atas ini merupakan Set Besar Vitamin E. Ianya juga terdiri daripada Night Cream, Day Cream dan Soap Vitamin E (berwarna kuning). Harga pasaran adalah RM119.80. Harga kami adalah RM100.





hari ni nak cerita sedikit pasal kandungan SF BEAUTY dan apa yang korang
perlu tahu pasal SF BEAUTY. Penting untuk kita memahami dan mengetahui 
kandungan sesuatu bahan sebelum menggunakannya.ayuhhh ! check it out.

KRIM SIANG SF BEAUTY

day cream
FUNGSI ;

sebagai pelindung UV dan pelembab kulit, menghalang cuaca panas dan 

hidrasi yang boleh menyebabkan kulit kering.Krim siang SF Beauty boleh 
dijadikan alas bedak, mencegah debu dan kotoran kosmetik dari terkena
 pada lapisan kulit.

KANDUNGAN ;

Kunyit slah satu tumbuhan herba yang dirumus dalam krim siang
SF Beauty. Kunyit terbukti dalam kajian saintifik mampu mengurangi
tanda tanda noda dan kusam pada wajah, meratakan tona kulit dan melicinkan
kulit.Ia mempunyai anti-oksida yang tinggi dan mampu merawat dan menganjalkan 
kulit. Selain kunyit, kandungan yang ada dalam produk krim siang SF Beauty 
ialah temulawak. Sejenis tumbuhan herba yang turut kaya antioksidan yang
 melambatkan proses penuaan, turut berkesan mengubati jerawat dan
 merawat bintik2 hitam pada kulit.


KRIM MALAM SF BEAUTY

night cream

FUNGSI ;
krim yang berfungsi mengangkat sel-sel mati pada kulit, menggantikan
kelembapan yang hilang akibat cuaca siang yang panas serta memulihkan 
kembali sel-sel yang lesu dan letih agar bangun pagi kulit lebih segar dan 
berseri.

KANDUNGAN ;
Krim malam SF Beauty pula diperkaya dengan sumber tumbuh-tumbuhan pergunungan 
serta zat tambahan dari sarang burung walit. Ia berupaya menyubur dan merangsang sel 
kulit agar sentiasa awet muda, halus, licin, lembut dan anjal. Selain menyegar 
dan melembabkan kulit, khasiat sarang burung walit juga boleh mengurangkan
 kedutan halus serta mencerahkan wajah.



SABUN PEMBERSIH SF BEAUTY



sabun pembersih SF Beauty ia ada campuran ekstrak buah-buahan
 dan madu lebah. Keistimewaan madu lebah memang sudah diketahui 
umum dalam memberikan kesihatan dan kecantikan kulit sejak zaman
 berzaman.

SF Beauty ada menyediakan dua sabun pembersih untuk kulit muka yang
berbeza iaitu sabun vitamin c (berwarna hijau) dan vitamin E (berwarna kuning).



sabun vitamin C - kulit sensitif, jerawat, parut jerawat, terlalu berminyak dan mempunyai masalah resedung. 

VITAMIN C ;

Vitamin C (asid askorbik) dalam sabun pembersih SF Beauty membantu
mereka yang bermasalah jerawat dengan mengawal pembiakan bakteria 

penyebab jerawat, mempercepatkan kesembuhan luka, merawat parut serta
menguatkan tisu kulit dan badan. Vitamin C amat diperlukan dalam proses 
pembentukan kolagen, iaitu jalinan protein penting yang berperanan membentuk 
lapisan kulit sihat dan kuat. Selain itu, Vitamin C juga berupaya mengawal 
pengeluaran sebum berlebihan yang menyebabkan kulit sangat berminyak, 
yang akhirnya menutup pori2 kulit dan menyebabkan bintik putih dan hitam 
di wajah. Dengan amalan berterusan, kulit tampil lebih licin, halus dan anjal.



Set Vitamin E sesuai untuk kulit normal, kering, gelap, kusam, tona tidak sekata, pori2 terbuka, kedutan halus dan berjeragat (sesuai kepada mereka yang tidak mempunyai masalah kulit yang teruk


VITAMIN E ;
sabun pembersih SF Beauty berumusan Vitamin E (tocopherol acetate) pula 
bersifat antioksidan yang melindungi kulit dari kerosakan yang berpunca akibat 
sinar UV serta pencemaran. Ia mengaktifkan metabolisma bagi merangsang 
pertumbuhan kulit baru yang sihat, membantu sel2 kulit mendapat lebih 
oksigen dan kekal lembab. Hasilnya kulit lebih licin berseri, cerah serta 
mengelakkan penuaan pramatang seperi kedutan halus dan jeragat.

So kepada sesiapa yang mempunyai kulit bermasalah dan da cuba bnyk produk tapi
tak berhasil. ayuhh ! try yang ni. dijamin korang akan puas hati. terbaikk wokk.
 kepada sesiapa yang berminat nak cuba boleh komen didisini, 
pm di facebook tapi add friend dahulu

https://www.facebook.com/qamarina.bussaina?ref=tn_tnmn
or like page 
pm saya di https://www.facebook.com/QamarinaBeauty
pm di sini

No comments:

Post a Comment