Thursday 21 February 2013

Mengatasi masalah kulit kering


           




           Dry Skin  @  KULIT KERING   LEBIH dikenali sebagai ekzema, dermatitis atopik adalah keadaan kulit yang kronik sehingga menyebabkan kerengsaan kulit gatal dan boleh berlaku kepada sesiapa saja tidak mengira umur.

Di negara seperti Malaysia dan Singapura, hampir 20 peratus populasi mengalami dermatitis atopik dengan 90 peratus menghidapi gejala sebelum usia lima tahun lagi. 

Gaya hidup dan keadaan persekitaran masa kini menjadikan kulit mudah rosak. 

“Pendedahan secara berlebihan kepada penyaman udara dan cahaya matahari, mandi dengan air panas atau membersih menggunakan sabun boleh menyebabkan kulit menjadi kering serta memburukkan lagi keadaannya.



“Mereka yang mengalami kulit kering selalunya mempunyai bahagian yang kasar, kemerah-merahan dan kebiasaannya akan berasa gatal.


“Bahagian kulit yang biasa dijangkiti termasuk lengan, tangan, bahagian bawah kaki, abdomen dan kawasan yang selalu bergesel seperti buku lali atau tapak kaki.

“Dalam sesetengah kes, menggaru secara berterusan boleh menyebabkan isi kulit yang sensitif akan terdedah sekali gus memburukkan lagi kesannya,” 


Bagi membantu mengurangkan gejala yang kurang menyenangkan dan tidak selesa dihidapi oleh penghidap masalah kulit, garis panduan daripada Institut Kesihatan dan Kecemerlangan Klinikal Kebangsaan (NICE) mengesyorkan pelembap sebagai asas rawatan untuk kulit kering dan dermatitis atopik.

Selain itu, masalah kulit kering juga perlu diberi perhatian dan ia boleh terjadi disebabkan lapisan atas kulit (epidermis) kekurangan air.

Kulit kering cenderung untuk mempengaruhi lelaki dan perempuan, namun individu yang lebih tua mudah menghidap masalah itu. 


Masalah kulit kering berpunca daripada pelbagai faktor seperti perubahan cuaca, pemilihan alat solek yang tidak tepat, sinaran matahari dan sebagainya. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh amalkan untuk mengatasi masalah kulit kering ini. Diantaranya adalah…..

(1) Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Jika cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih banyak daripada itu. Sekiranya anda tidak mendapat cukup air dalam badan, ia akan menyebabkan tubuh anda dehidrasi. 

(2) Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. 

(3) Elakkan daripada pengambilan alkohol dan rokok kerana ia merupakan punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.

(4) Elakkan daripada berada didalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupaun suhu persekitaran sejuk.

(5) Basuh muka anda tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.

(6) Cuba untuk mengetahui jenis masalah kulit muka anda, berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.

(7) Cuba untuk mendapatkan 8 jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan bilik anda dapat pengudaraan yang bersih.

(8) Tekap kulit muka anda menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka. Elakkan daripada menggosokkan muka kerana ia akan meanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.



            Selamat tinggal kulit kering & sensitif ..Pihak Cosmoderm, mempersembahkan Siri Gentle khas untuk kulit kering atau kering dan sensitive. Pernahkah anda terasa kulit anda kasar walaupun telah sapu pelembap? Pernahkah anda terasa kulit anda pedih setiap kali mencuci wajah?
              Kini, hari ini, saat ini, waktu ini.. Bebaskan diri anda dari kesengsaraan dengan Siri Gentle Cosmoderm. Lembutkan kulit yang kasar.. haluskan kulit yang kering..


               For buying this product "Gentle series"  pm at  https://www.facebook.com/QamarinaBeauty    or
                                                       email me :qamarinabeauty@gmail.cm



1 comment: