Friday, 15 March 2013

FABRIC AGENT

Assalamualaikum... selamat malam, malam ni Qamarina Beautynak buka peluang perniagaan untuk anda di seluruh malaysia & luar negara , untuk jadi agent fabric .. kami ada 3 fabric

1) chiffon 
2) crepe
3) cotton

peluang ini terbuka untuk guru-guru sekolah, staff kerajaan @ swasta yang memakai kain untuk dibuat baju kurung, kurung moden, kurung riau,kurung pahang .. kain kami sangat ekslusif , up to date setiap bulan & sgt nice & ekslusif... anda akan dapat keuntungan yang berbaloi...

kami cari agent di
1) kedah
2) perlis
3) perak
4) sabah
5) serawak
6) n9
7) melaka
8) johor
9) langkawi
10) pulau pinang 

11) BRUNEI
12) SINGAPORE
13) UK

sila pm me or email at qamarinabeauty@gmail.com

 FB: https://www.facebook.com/qamarina.bussaina
 FB PAGE : https://www.facebook.com/QamarinaBeauty

assalamualiakum...saya mohon maaf kepada anda yang inbox saya mengenai wholesale shawl tribal ... tapi saya tak dpt rply, wholesale tribal still open 

anda yang belum friend, sila add friend or terus like pageQamarina Beauty and pm di sana, saya tak dapt nk reply message anda d inbox sekiranya anda bukan friend saya...or untuk lebih mudah anda boleh terus email at qamarinabeauty@gmail.com

untuk agent fabric kami sudah mendapat feedback yang terlalu ramai, anda bila lagi..??? kami buka untuk anda yang betul2 berminat & ingin menjana pendapatan dgn perniagaan.. fabric kami hanya high quality & ekslusif... bagi saya kualiti & kecantikan itu seiring... sila buat duit raya dari sekarang... contoh fabric kami akan tunjuk pic kepada yg ingin menjadi agent..

Terima kasih ...


Wednesday, 13 March 2013

hantaran set cosmoderm



Assalamualaiku salam kesayangan untuk anda...! moga anda dilimpahi rahmat & diberkati ALLAH swt..
Sempena cuti sekolah tak lama lagi ni mesti ade yang akan melangsungkan perkahwinan, bertunangkan?... 


Hantaran dilakukan semasa bertunang dan/atau masa akad nikah. Pada hakikatnya, hantaran tidak diwajibkan di dalam Islam. Hantaran dari pihak perempuan biasanya lebih daripad pihak lelaki dengan dua dulang. Jadi sekiranya pihak lelaki menghantar 7 dulang, pihak perempuan akan membalas sebanyak 9 dulang. Jumlah hantaran adalah selalu ganjil. Selalunya hantaran dijadikan pengukur tentang status dan "budget" perkahwinan pasangan yang berkahwin. Oleh sebab itu industri menghias hantaran telah menjadi semakin berkembang.
 

Mengikut adat resam, menghantar belanja biasanya dijalankan terlebih dahulu dan berasingan dengan upacara akad nikah, tetapi pada zaman sekarang, menghantar belanja selalu dijalankan bersama dengan akad nikah dengan tujuan menjimatkan masa dan perbelanjaan. Di antara barang-barang yang termasuk dalam kategori wajib bagi melengkapkan sesuatu hantaran adalah seperti berikut, dan hantaran tersebut akan turut sama diarak dengan mempelai sebelum bersanding.
•  Wang mas kahwin dan belanja (ada yang menyerahkan wang mas kahwin tersebut terus ke tangan isteri selepas selesai upacara akad nikah) yang diletakkan di dalam dulang atau batil bertudung diperbuat daripada perak atau tembaga putih.
•  Sebentuk cincin permata berbatu intan atau ber1ian yang diletakkan di dalam cembul atau kotak perak.
•  2 pasang kain dan sehelai baju dari jenis yang cukup baik dan berkualiti, dilipat di dalam talam perak atau tembaga putih bertudung.
•  Beberapa jenis kuih juadah, yang setiap satunya diletak di dalam sebuah pinggan besar bertudung dan dihias beralaskan talam.
•  Beberapa jenis buah-buahan yang segar disusun di dalam bekas atau talam ditudung.
•  Tepak sirih atau puan perak atau tembaga putih yang diisi lengkap.
•  Satu atau dua perecik atau perenjis air mawar dan dua kaki dian atan lilin.
Semua barang tersebut akan dibawa setiap satunya oleh seorang pemuda dan diarak daripada rumah mempelai itu ke rumah pengantin perempuan bersama-sama dengan mempelai yang sudah siap berpakaian lengkap Melayu asli atau pakaian haji iaitu berserban dan berjubah bagi memulakan upacara Majlis Akad Nikah. Mempelai dan rombongannya akan disambut oleh pihak pengantin perempuan dan mereka akan terus dibawa naik ke rumah. Semua barang hantaran akan diatur, biasanya di hadapan pelamin. Pelamin ialah suatu ruang yang telah disiapkan biasanya seminggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung dan ia merupakan tempat di mana kedua-dua pengantin akan bersanding di hadapan semua tetamu.


tapi sekarang time tunang ke even nikah mesti ada hantaran kan.. if xde rasa mcm xcomplete plak majlis tu.. biasala selalu kita dengar perempuan la selalu kata kawin sekalii seumur hidup kalau boleh nak majlis tu berjalan dengan lancar dan meninggalkan kesan kenangan hari bahagia sampai hari tua..


Jadikan cosmoderm sebagai 1 set hantaran untuk bakal tunang, isteri @ suami tersayang anda.. Ramai yang dah beli set t3 untuk dijadikan hantaran buat suami tercinta... jommm order set kulit normal, kulit berminyak & jerawat .. kulit kering...!!gambar contoh hantaran cosmoderm seperti di bawah.. anda boleh pm me untuk pembelian...=)




untuk pembelian produk-produk cosmoderm untuk skin & body care anda boleh pm me at https://www.facebook.com/QamarinaBeauty or email at qamarinabeauty@gmail.com

the best product & the most important is HALAL 


Tuesday, 12 March 2013

SPOT TREATMENT CREME ( JERAGAT)

Anda runsing dengan jeragat yang semakin banyak di kulit wajah anda? tidak rasa selesa & tidak yakin dengan penampilan anda? cosmoderm ada penyelesaiannya ...

Ada tak diantara anda semua mempunya masalah JERAGAT?
Bagaimana dan apa punca ia terjadi? Peringkat umur apakah selalunya mengalami masalah ini? Apakah jalan penyelesaiaan Cosmoderm tentang masalah ini?

Jeragat terjadi atas beberapa faktor. Faktor utama kemunculan jeragat adalah kerosakan kulit akibat SINAR UV. Jeragat juga berpunca dari ketidak seimbangan HORMON dan kesan dari PENUAAN.

Jeragat biasanya terjadi pada mereka yang mencapai umur matang, 30an ke atas. Ini disebabkan oleh faktor penuaan dan ketidak seimbangan hormon.

Dengan Cosmoderm, jeragat boleh dipulihkan dengan menggunakan SPOT TREATMENT CREAM kami.. Ia diformulasikan khusus untuk membantu menyelesaikan masalah parut jerawat dan juga khas untuk jeragat. Ia dibantu juga dgn penggunaan Facial Scrub atau Magic Exfoliating Gel. Suncreen juga amat penting untuk melindungi kulit dari pancaran sinar matahari.

Jadi kepada anda yang mengalami masalah JERAGAT, bolehlah mencuba SPOT TREATMENT CREAM, Facial Scrub atau Magic Exfoliating Gel dan Sunscreen FOUNDATION @ bb cream kami!! Selamat Mencuba!!

NOTE
SPOT TREATMENT CREAM=RM37.90
Facial Scrub=RM16.90
Magic Exfoliating Gel=RM24.90
Sunscreen foundation a.k.a bb cream=RM29.90


SELAMAT TINGGAL JERAGAT !!!!

untuk pembelian produk ini boleh pm saya di https://www.facebook.com/QamarinaBeauty
or email: qamarinabeauty@gmail.com

Thursday, 7 March 2013

Selamat Hari Wanita

        

     
Apa yang istimewanya tarikh 8 Mac setiap tahun? Untuk pengetahun semua tarikh 8 Mac merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka akan diraikan dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Woman’s Day).
     Titipan ini kuhadiahkan  istimewanya buat mamaku che fuziah , seorang wanita yang sempurna, baik hatinya dan lembut bicaranya  indah dimata dan di hati anakmu....Terima kasih mama kerana melahirkanku di dunia ini, membesarkan ku dengan limpahan kasih sayang yang tiada tandingannya...

Juga kepada semua wanita-wanita yang dikasihi.
Kepada kakak2 iparku, adik2 ipar,ibu saudara,anak2 saudara, sahabat, teman,  rakan2, guru2, pensyarah2ku...Semoga kalian  dirahmati  dan diberi keberkatan dalam kehidupan



Mari kita ambil tahu sikit, kenapa hari wanita ni diraikan? Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. 

    Selalunya, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya.bukanlah bermaksud wanita itu kena duduk belakang lelaki, kang dikentutnya mau pengsan wanita itu.. kihkih.. maksudnya adalah, kebiasaannya, wanita ini yang akan jadi pendokong dan penyokong lelaki sehingga lelaki itu boleh berjaya.. tak kira la dengan bantuan tenaganya, air mata, doa dsb. Agak susah bagi lelaki untuk fokus dalam banyak benda, dan biasanya wanita akan menjadi organizernya.. akan mengingatkan lelaki tentang itu dan ini dan menyediakan segala keperluan sehinggakan tugas lelaki hanya menyarungkan je ke badan, atau menyuapkan ke mulut.. tak perlu sibuk2 nak cari barang dsb..

Dan falsafah itu tak terhenti di situ saja.. ada sambungannya.. iaitu “Kejayaan atau kejatuhan seorang lelaki juga biasanya ditentukan oleh wanita”.. jangan baca falsafah ni dari sudut akidah, tapi kena baca dari sudut abstrak.. Walaupun wanita itu nampak lemah dari sudut fizikal, namun kemampuannya itu jangan sesekali diperkecilkan.. banyak kerajaan2 di dunia ini jatuh disebabkan perempuan.

yang mana satukah anda nak jadi, sama ada nak jadi pendokong kejayaan lelaki (suami atau anak) ataupun menjadi penyebab kejatuhan lelaki? Pilihan di tangan anda.. buatlah pilihan yang bijak.

     Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya. Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya. 

Wanita adalah kejadian yang terindah yang di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki. SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia. Semoga kita akan lebih berwawasan dan berjaya seperti kaum lelaki.

Kata Umar al-Khattab bahawa "Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya"
. – Sayyidina Umar bin Khattab.

Siapakah si Dia yang bergelar  A ini ?
Siapakah si dia yang telah bersusah payah mengandung selama 9 bulan sambil membawa kandungannya ke sana dan ke sini tanpa mengeluh kepenatan atau kekesalan ?
Siapakah gerangannya yang tabah menahan sakit yang lama dan berpanjangan ketika melahirkan si buah hati yang ditunggu-tunggukannya selama ini ke alam dunia ?
Siapakan si dia yang sabar menyusukan bayi yang sebelumnya menangis kelaparan dengan penuh tekun sehingga hilanglah segala rasa lapar dan dahaga ?
Siapakah insan istimewa itu yang telah membesarkan anaknya semenjak kecil sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat dan jemu ?
Siapakah susuk tubuh yang berkeringat mendidik anak-anaknya dengan pengetahuan dan skil kehidupan sehingga menjadi insan hebat yang bakal menggantikan visi perjuangan ke dua orang tuanya ?
Siapakah gerangan yang berusaha untuk mendapatkan rawatan ketika sakit dengan penuh kasih sayang serta harapan yang kuat agar si anak ini cepat sembuh bagi meneruskan kehidupan ?
Siapakah insan yang terus tabah mendepani karenah anak-anaknya yang pelbagai yang berterusan memberikan ujian dan dugaan penjaganya ?Siapakah si dia yang istimewa ini yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, pemikiran dan berkeringat sehinggalah anak warisannya ini memperolehi kejayaan demi kejayaan ?
Siapakah insan yang turut mengambil-berat mengenai bakal pasangan anaknya ini agar masa depannya terus bahagia walaupun terpaksa berkongsikan kasih sayang bersama wanita baru ini ?
Siapakah si dia yang terus mencurah dan mengharapkan kasih sayang anaknya yang semakin dewasa miski pun si anak ini telah berumah-tangganya ?
Siapakah gerangannya yang terus mendoakan kebahagiaan dan kebaikan mereka walaupun anaknya mungkin telah mulai lupa terhadap sumbangan dan pengorbanannya selama ini ?Jawapannya ialah si 'ibu'nya.....

Siapakah si Dia yang bergelar  B ini ?
Siapakah insan istimewa ini yang telah mempertimbangkan lamarannya dengan penuh harapan bagi berkongsikan masa depan yang bahagia buat mereka bersama ?
Siapakah gerangannya si dia yang telah bersetuju bagi menerimanya sebagai teman hidup yang dirancang bersama untuk sepanjang hayat ?
Siapakah si dia yang tekun dan sabar memenuhi keperluan dan hajat suaminya yang merupakan ayah kepada anak-anaknya ?Siapakah insan ini yang sentiasa mempastikan bahawa suami yang ditaatinya ini memiliki kesihatan yang terbaik dan keceriaanya ditekuni ?
Siapakah insan tabah ini yang sentiasa mengambil berat dan memberikan sokongan terhadap perkembangan kerjaya suaminya sehingga kejayaan dicatat dan sejarah terbina cemerlang?
Siapakah gerangannya yang sabra dan tabah mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak suaminya seorang demi seorang dengan jayanya?
Siapakah dia insan istimewa ini yang berkorban untuk rumah tangga dan kejayaan suami dan anak-anaknya walaupun dia mungkin turut sibuk berkeringat menanggung bebanan ini?
Siapakah dia yang tabah menahan kesedihan kehilangan suaminya dan terus berkorban bersendirian membesarkan anak-anak peninggalan suaminya bagi mempastikan cita-cita dan hasrat arwah suaminya tercapai jua? Jawapannya ialah si 'isteri'nya.....
Betullah kata Umar al-Khattab bahawa "Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya" .



Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim).



Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi. Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru. Selamat Hari Wanita. 


Wahai Wanita ku hargai diri mu! 
Jaga maruah mu.
Kuatkan Iman mu.
Pertahankan hak asasi mu
Perbanyakkan ilmu dan amal mu
Nescaya diri mu diberkati dunia dan akhirat. 



“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”Wanita adalah kejadian yang terindah yang di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki...
Bersyukurlah kita di lahirkan sebagai wanita.. moga kita memperbaiki diri menjadi wanita solehah....

wanita ini ibarat bunga, cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara..
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...
kerana akhlak itu umpama bunga diri,
tiada guna berwajah cantik andai akhlak buruk,
tida guna jua berwajah cantik kalau hati kosong dengan ilmu, 
ibarat bunga....
ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya..
ada juga yang kurang menarik & baunnya kurang menyenangkan...
ada juga bunga yang tidak menarik dari pandangan mata kasar, 
tetapi bila ia dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya.....

Terima kasih jua untuk suamiku en amiruddin .. yang memperisterikan ku & yang memimpinku & Membimbingku.. dirimu begitu berharga & moga ALLAH memberkati & merahmati perjalanan cinta ini.. wajahmu sentiasa dihati isterimu, terima kasih kerana pengorbananmu terlalu besar buatku, mencari rezki utkku, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih ayang....moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya".. & moga kita dikurniakan anak2 yang comel , handsome indah budi pekerti & beriman....


Wednesday, 6 March 2013

Water is the best beauty treatment.



Water, besides oxygen is the second most important element to survival. Plus 25% of oxygen comes from water. Water is the fuel of our body and our organs. Just like a car can't drive without gas or oil, our body can't function without water. Perspiration is the bodies natural mechanism to control body temperature. To sweat properly you need plenty of water. Water reduces body temperature making exercising safer and more effective.



Beauty: Water is the best beauty treatment. By drinking water, you moisture your skin from within or the inside out. As our skin is composed of approximately 20% water, it will wrinkle faster without adequate moisture. Just like the plant, when skin loses moisture, it gets dry. Dry skin shows wrinkles more and causes skin to sag faster than it would normally. Skin that is becoming saggy, either due to aging or weight loss, will plump up nicely when the skin cells are hydrated. Hydrated skin looks younger as it is plumper. Also, spritzing your face with some water is great for a little pick me up.




Losing Weight:  Water is quite possibly the single most important catalyst in losing weight and keeping it off! Water also works as an appetite suppressant. Water suppresses the appetite naturally and helps the body metabolize stored fat. When your drink all the water your body needs, you will quickly notice a decrease in your appetite. If you are serious about losing weight, drinking water is an absolute must! Drink a glass of cold water when you start to feel hungry, as people often confuse mild feeling of thirst with mild hunger. Researchers report that water helps to lose weight by boosting your metabolism rate, thus paving way for quick weight loss. Try drinking a glass of water 15 minutes before each meal.

Fluid Retention:  Drinking enough water is the best treatment for fluid retention. The best way to overcome the problem of water retention is to give your body what it needs - plenty of water. Only then will stored water be released. Lack of hydration in the body can cause backaches, as the muscles in the body do not perform properly unless the body has sufficient water intake. One of the most common causes of headaches is lack of proper hydration. In most cases, simply drinking a couple of cups of water and relaxing for 20 minutes will stop the pain.

Digestive System:  Drinking even the minimum amount requirements of water during the day will help keep your colon healthy and reduce the risk of colon cancer, because water helps the digestive system operate the way it is meant to operate. One study found that women who drank more than 5 glasses of water a day had a risk of colon cancer 45% less than those that drank less than two. 






For thousands of years, people of all countries have been seeking a mythical fountain of youth. If I told you that there is something that will give you beautiful glowing skin, diminish those fine lines and wrinkles, increase your energy level, and help your overall health, I bet you would listen and be interested. All the time, this fountain of youth has been right here in our everyday life. Yes, the fountain of youth is water...



I'm sure you have heard it many times "Drink more water, it's good for you!" If, up to now, you have never taken this seriously, please start now! You do not need fancy and expensive mineral waters or bottled waters, as good clear clean water is what your body needs. Although water contain no nutrients, it is essential to life and for the growth and maintenance of our bodies. So, forget soft drinks, coffees, teas, sport drinks,  or cappuccinos, as drinking water is the key to being healthier and living longer.


Your blood is 83% water, muscles are 75% water, your brain is 74% water, and your bone are 22% water. Also 2/3 of our body weight is water. All of this water is needed by our bodies, and a 1% loss of our body weight due to fluid loss can cause dehydration which can lead to serious medical complications.

As we are constantly losing water from our body by sweating or urinating, we need to put the water back in your system. When you drink enough water to maintain good health, you are providing enough water to keep your internal organs and systems running smoothly. If you don't drink enough water, you will begin to feel tired and weak. Many people blame their loss of energy on everything except dehydration. Your lungs expel between 2 and 4 cups of water each day through normal breathing. If you make half a dozen trips to the bathroom during the day, that's another 6 cups of water. If you perspire, you expel about 2 cups of water (which doesn't include exercise-induced perspiration).

Think about what happens when you forget to water your plants. The plants begin to droop and then become dry and brittle. Watering the plant may bring it back, but it will likely have some damaged leaves. Water works the same with people. The body uses water for every basic process from transporting nutrients throughout the body to maintaining body temperature. Water is vital in order for our bodies to keep functioning, as it lubricates your eyes and joints, flushes out toxins and waste, and keeps our skin healthy and beautiful. Our bodies can last weeks, even months without food but only a number of days without water.




How much water to drink daily: 
Now that I have hopefully convinced you of the benefits of drinking water for your skin and health, how much should your drink a day? The Mayo Clinic suggests using "8x8" as a guideline (see guideline below):

8 glasses (8 ounces each) = a minimum of 64 ounces of fluid (water) daily
You may need even more as exercising, hot weather, offices with exposure to central heating, air conditioning, and electrical equipment all cause your body to lose water. So remember, increased water output requires increased water input. You can count milk, juice, and other healthy beverages as part of your daily fluid total, but make sure that most of your daily fluid input is pure, clear water.
The overweight person needs more water than a thin one. The new rule for drinking water is to divide your weight by 2 equals the amount in ounces of water that your body needs per day (see example below). The more overweight you are, the more water your body needs daily.

160 pounds divided by 2 = 80 ounces
The water you drink should preferably be cold, as cold water is absorbed into the system more quickly than warm water. Some evidence suggests that drinking cold water can actually help burn calories.


Thank you, Hope u guys increase your daily water intake. 

Drinking enough water during the day is very easy to do. Just make a few little changes in your habits, such as keeping a full bottle of water with you at all times,

sincerely,
Qamarina beauty






Monday, 4 March 2013

"beautiful make-up starts with beautiful skin."

Where beautiful skin starts?


From the first day I know about cosmoderm products, this is the saying the stuck in my mind. Personally I do believe this is true, without the beautiful skin, there will never be beautiful make-up. One compliments the other right?

So, today I SHARE with you the love for  COSMODERM product for people with dry & sensitive skin, gentle series. What I am loving about this product? Briefly I would say that this product is a Softens rough skin .. and soften dry skin ..( very effective) (follow instructions and you will see how effective it is) while helping maintain my skin's moisture) .What is so special about the gentle series? it contains aloe vera, ses cucumber & chamoline , Vitamin E,enriched with Q10  & Collagen , skin is triggered to produce a natural protective layer to act as a barrier to drying agents in our environment and that provides the users  great pampering experience while removing skin impurities to help improve skin texture, leaving once skin moisturized, nourished and radiant.



For dry & sensitive skin


 believing that quality of skincare is essential in creating beautiful make-up, the most advanced skincare formulas using halal ingredients are used as the first step to revealing every woman's unique beauty. explore the world of cosmoderm and find your own unique beauty.

find me at :

https://www.facebook.com/QamarinaBeauty

PETUA MEMIKAT SUAMI


Belailah Muka Anda Untuk Kelihatan Cantik 



Anda sebagai seorang wanita dan sebagai individu sudah tentu ingin dimanja-manjakan oleh orang-orang yang anda kasihi, ibu bapa kalau masih belum bersuami dan suami anda jika anda sudah berkahwin.

Semua anggota anda terdedah kepada berbagai-bagai ancaman. Mungkin berat dan mungkin ringan, mungkin sedikit dan mungkin banyak. Antara angggota yang sering terancam oleh berbagai-bagai problem itu, ialah kulit, khusunya kulit muka anda yang amat anda sayangi itu.
 
Setiap hari suami anda melihat muka anda. Bangun tidur dia melihat muka anda. Hendak pergi kerja dia melihat muka anda. Balik bekerja dia melihat muka anda. Hendak tidur malam dia melihat muka anda. Hendak bermesra-mesra dia melihat muka anda, bukan sahaja dengan matanya, tapi dengan perasaan dan hatinya.
 
Muka anda itu mengandungi rahsia yang besar. Di situlah terletaknya hati suami anda. Di situlah terletaknya rahsia diri anda. Di situlah terletaknya kemesraan anda. Di situlah terletaknya kepuasan dan kenikmatan anda. Di situlah terletaknya kebencian anda. Muka anda itulah yang dibawa oleh suami anda yang pengasih bersama-sama dengannya ke mana-mana dia pergi.
 


Oleh itu memanglah wajar anda sentiasa menjaga muka atau wajah anda supaya sentiasa kelihatan cantik dan berseri, menawan hati suami. Itulah sebabnya, andainya kulit anda bermasalah, sudah tentu anda akan merasa risau. 

Demikian jugalah anggota-anggota badan anda mengharapdia dibelai dan dimanja-manjakan dengan penuh kasih sayang oleh anda, terutama muka atau wajah anda.
 
Salah satu cara untuk memanja atau membelaikan muka anda ialah dengan mengurut-nguurutnya dari masa ke masa.
Untuk mengurut muka tidaklah perlu anda pergi ke kedai kecantikan atau ke saloon kerana anda boleh melakukannya sendiri untuk menjimatkan masa & wang.


Muka adalah satu-satunya anggota zahir wanita yang paling berharga. Justeru itu jagalah muka anda dengan sebaik-baiknya agar sentiasa kelihatan segar sepanjang masa. Salah satu daripada cara untuk memelihara kulit muka dan mengelakkanya daripada mudah berkedut ialah dengan mengurutnya setiap hari. mengurut muka itu boleh anda lakukan sendiri dengan berlatih mengikut cara yang betul.

Sebelum itu, patutlah diberi perhatian, kiranya anda mempunyai kulit yang kering, anda hendaklah menggunakan krim yang berminyak, sebaliknya andainya kulit anda berminyak, gunakanlah krim yang tidak berminyak.

Dan semasa mengurut muka, jangan lupa menguurut leher sama, Jika anda amalkan mengurut dagu dan leher setiap hari, ini boleh menjauhkan dagu anda daripada berlapis.

Semasa mengurut muka, adalah penting kepada anda berada dalam keadaan relek, dan buatlah tiap-tiap pergerakan itu sebanyak enam kali jika anda ada masa.


Cara Mengurut Muka Sendiri

-Mula-mula sapukan krim pada muka anda, untuk memudahkan pergerakan mengurut. Krim dibubuh pada tiga jari tengah pada kedua belah tangan. Mulakan mengurut dari bawah dagu, membawa ke tulang pipi, ke arah keluar telinga. Tepuk-tepuk pada keliling mata.


-Pegang dagu dengan jari dan ibu jari, urut pada pada tulang rahang kedua-dua belah arah keluar, naik ke atas, mengarah ke telinga.
 

-Sekarang mulai dari dagu, urut dengan urutan yang padat ke tulang pipi dan keluar menuju ke telinga.
 

-Pada peringkat ini, mulakan urutan dari luar penjuru mulut dengan pergerakan memusing mengarah ke atas ke hidung.


Mulai dari sebelah dalam hujung kening, tekankan dengan jari perlahan-lahan di sekeliling mata.


-letakkan jari di kedua belah hidung, kemudian urut ke atas dahi hingga ke gigi rambut dengan pergerakan memusing.


-Akhir sekali, leltakkan jari di tengah dahi, urut ke kiri dan ke kanan hingga ke pelipis mata.



Demikianlah cara mengurut muka secara ringkas, semoga memberi manfaat kepada anda, supaya muka anda sentiasa kelihatan cergas dan berseri dan mempesonakan orang yang anda cintai.